Tuesday, January 25, 2011

Cerita tentang aku, dia dan kamu......

Kring...kring...kring...
Jam sudah menunjukkan jam 4.00 pagi, Fey cepat-cepat menekan jam locengnya agar tidak mengejutkan rakan sebiliknya Ayla yang masih lena diulit mimpi. Hari ini merupakan hari paling penting dalam hidup bagi kedua-dua gadis berusia 19 tahun ini kerana hari ini merupakan hari temuduga untuk memasuki fakulti perubatan yang selama ini diidam-idamkan oleh kedua-dua gadis berkulit putih halus dan mulus. Fey duduk sebentar di atas katil di desasiswa Gemilang USM, menyusun kakinya untuk duduk bersila, menegakkan badan sambil mencapai 'walkman' dan memasang muzik Kenny g. Begitu lunak beralun tiupan seksofon the moment sambil Fey menarik nafas perlahan-lahan, seterusnya menahan seketika dan menghembus nafas sebebas-bebasnya. Kirana kelihatan begitu lega dan matanya yang bundar, cantik menawan itu terselah sinar ayunya memandang luas ke seluruh pelusuk asrama yang masih senyap sepi kerana penghuninya masih lena diulit mimpi.

Fey bangkit dari katilnya di tingkat atas, pergerakannya menuruni tangga katil mengejutkan Ayla. "Fey, awalnya ko bangun, jam berapa ni?", soalan secara tiba-tiba Ayla membuat fey tergamam sebentar. "Ayla, ko ni, aku ingat hantu bangkit mana yang tetiba je kena sampuk..eleh, aku saja ja, interview ni buat aku nervous." Kedua-dua rakan sebilik merangkap rakan baik ini sudah berkawan sejak tadika lagi. Mereka berasal dari negeri yang sama, daerah yang sama malahan dari kampung yang sama. Nun jauh di seberang laut China Selatan ialah tempat asal yang amat dirindui, negeri di bawah bayu itulah negeri kelahiran mereka berdua, mencari ilmu di negeri orang sejak berusia 13 tahun lagi di bawah tajaan Yayasan Sabah dan sekarang selangkah lagi akan ke menara gading sekiranya lulus program matrikulasi. Mereka begitu berazam agar satu hari nanti mereka menjadi seseorang yang dapat menabur jasa pada masyarakat dan dapat membantu keluarga untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

(baru dua perenggan, lau rajin nanti aku sambung balik ya)

  

No comments:

Post a Comment